Program Outreach lonjak industri sagu dan nipah di Beting Maro

Posted on 17 Sep 2025
Source of News: TVS

BELADIN, 11 Sept: Program Outreach bertemakan “Amalan Terbaik, Inovasi dan Daya Saing ke Arah Pemerkasaan Komuniti” diyakini mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan industri sagu dan nipah secara lebih strategik dan berimpak tinggi di kawasan Beting Maro.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor berkata, program sebegini wajar dimanfaatkan oleh masyarakat setempat sebagai platform menimba ilmu, menambah pengalaman serta mengakses peluang yang ditawarkan kerajaan.

“Sama-sama kita jadikan Beting Maro sebagai contoh kawasan luar bandar yang maju melalui pembangunan industri berasaskan sumber tempatan.

“Kerajaan negeri sentiasa komited membangunkan sektor pertanian dan komoditi, termasuk industri sagu dan nipah, agar terus relevan, moden, dan mampu memberi pulangan kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Program Outreach Sempena Karnival Beting Maro 2025 di Beladin, pada Khamis.

Beliau berkata, penubuhan Lembaga Pembangunan Sago dan Nipah (SNDB) akan memacu pembangunan industri sagu dan nipah secara lebih tersusun, strategik dan berkesan di kawasan tersebut.

Menurutnya, program Outreach amat signifikan kerana menjadi platform bagi agensi kerajaan serta korporat untuk menyampaikan maklumat dan membuka peluang ekonomi serta sosial kepada komuniti setempat.

Sepanjang tiga hari penganjuran, pelbagai pengisian diadakan termasuk kursus pembuatan cendol dan cincau serta Kursus Pengendalian Makanan yang dikendalikan oleh Venus Biotech Sdn Bhd.

Inisiatif itu bertujuan meningkatkan ilmu serta kemahiran peserta di samping membuka ruang kepada pekebun kecil, usahawan dan belia tempatan untuk terlibat secara langsung dalam membangunkan industri makanan dan minuman berasaskan sagu dan nipah.

Setakat ini, seramai 98 pekebun kecil sagu dan nipah di Beting Maro telah berdaftar dengan SNDB, yang kini giat melaksanakan pendaftaran di seluruh Sarawak.

Turut hadir, Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli, dan Pengurus Besar SNDB, Zaidel Hussaini.



© Copyright of Sago and Nipah Development Board
Last Updated On 05 Dec 2025

Operating Hours

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Closed
image Polls
image Announcement